BTS Media

Banjir: 194 mangsa kini berada di pusat pemindahan di Johor

GAMBAR ATAS: APAM.

 

Oleh Fetty Rara

JUMLAH mangsa banjir kilat di dua daerah di Johor meningkat kepada 194 orang setakat pukul 8.00 pagi Isnin (26 Sept), berbanding 193 orang yang direkodkan pada Ahad (25 Sept) malam.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berkata 59 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan (PPS) di Batu Pahat dan Pontian.

Dua PPS di Batu Pahat ialah Sekolah Agama Seri Bengkal dan Sekolah Kebangsaan Bintang Peserai, manakala di Pontian, Pusat Kokurikulum Johor, Sungai Tempayan dan Sekolah Agama Kayu Ara Pasong.

Jawatankuasa itu menambah sembilan kawasan di dua daerah itu dilaporkan terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat mulai 6.30 pagi semalam.

Ia termasuk Kampung Seri Bengkal dan Kampung Bintang Peserai di Batu Pahat, dan Kampung Sungai Mulih, Pekan Nenas; Kampung Parit Sapran; Kampung Parit Haji Omar; Jln Mohsin, Kayu Ara Pasong; Kampung Parit Haji Siraj; Parit Lapis, Kayu Ara Pasong dan Kampung Parit Abdul Rahman di Pontian

-BTS Media

Leave a Comment