Oleh Fetty Rara
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di kebanyakan bahagian Semenanjung Malaysia, serta kawasan tertentu di Sabah dan Sarawak.
Ia berkata hujan berterusan diramalkan berlaku di Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dari Selasa hingga Rabu.
Di Perak, kawasan terjejas ialah Perak Tengah, Manjung, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Hujan berterusan juga dijangka di Sarawak membabitkan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Tatau dan Bintulu sehingga esok, kata jabatan itu dalam satu kenyataan semalam.
“Hujan lebat berterusan juga dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan dan Mukah sehingga Isnin.
“Hujan berterusan dijangka di Sabah, melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dari Ahad hingga Isnin,” katanya.
-BTS Media