KELAB Taman Perdana Diraja (Royal Lake Club) telah membatalkan status penaung yang diberikan kepada bekas perdana menteri Najib Razak berkuat kuasa serta-merta.
Presidennya Manjeet Singh Dhillon berkata jawatankuasa amnya 2011semasa mesyuarat Khamis (25 Ogos) kelab telah membincangkan status Najib sebagai penaung kelab sejak 1 Jun, lapor NST.
Beliau berkata, ini kerana Najib telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos.
“Kelab ini berhak untuk membuat keputusan seperti yang dikehendakinya,” katanya.
Manjeet berkata e-mel mengenai pembatalan penaung itu dihantar kepada ahli kelab pagi ini.
Tambahnya, nama Najib akan dikeluarkan daripada laman web Royal Lake Club tidak lama lagi.
Dua lagi penaung kelab itu, yang diasaskan pada 16 Ogos 1890, ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
-BTS Media