BTS Media

Hishamuddin doa Najib tabah hadapi dugaan

https://youtu.be/npPEAYWa8mA

MENTERI Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarga tabah menghadapi dugaann dalam mengharungi kes mahkamahnya.

“Secara peribadi saya memang mendoakan agar Datuk Seri Najib dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini dan semoga segala-galanya dipermudahkan… yang penting proses mesti diteruskan.

“Saya doakan proses yang sedang berjalan akan berjalan dengan adil dan lancar,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan Peringkat Kementerian Pertahanan 2022 dan Sambutan Jubli Emas Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Ke-50  di Kuala Lumpur pada Rabu (17 Ogos).

Beliau diminta mengulas rayuan terakhir Najib dalam kes RM42 juta SRC International Sdn Bhd di mana pendengaran utama bermula pada Khamis (18 Ogos).

-BTS Media

Leave a Comment