KERAJAAN negeri Pulau Pinang telah membatalkan darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada bekas perdana menteri Najib Razak berkuat kuasa hari ini.
Najib dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato’ Seri Utama itu pada 2009.
Dalam satu kenyataan media, Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Pulau Pinang Zakuan Zakaria berkata, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ahmad Fuzi Abdul Razak bersetuju kerajaan negeri membatalkan darjah kebesaran Najib itu berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos mengekalkan sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International.
-BTS Media