BTS Media

Najib bayar denda RM50 juta, peguam hadir ke Penjara Kajang

PEGUAM Najib Razak, Muhammad Farhan Shafee, dilihat tiba di Penjara Kajang pada pukul 2.15 petang ini susulan pembayaran denda RM50 juta yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Sebuah kereta Audi berwarna putih yang membawa Farhan dilihat memasuki kompleks penjara berkenaan melalui pintu utama. Beliau hanya tersenyum ketika dihampiri wartawan, namun enggan memberikan sebarang komen, lapor NST.

Terdahulu, dilaporkan Najib telah melunaskan denda RM50 juta itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 18 September lalu, Najib menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang membolehkannya menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bekas Ahli Parlimen Pekan berusia 73 tahun itu pada 28 Julai 2020 dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan RM42 juta dana milik SRC International.

-BTSMedia.my

Leave a Comment