BTS Media

Jabatan Penjara nafi Najib diberikan rumah dalam kawasan penjara

Oleh Zainal AS Rashid

JABATAN Penjara berkata dakwaan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak diberikan sebuah rumah dalam kawasan penjara adalah palsu.

“Screenshot” dakwaan itu ditularkan dalam Whatsapp dan beberapa platform media sosial.

Mesej dua bahagian yang mendakwa bahawa rumah tersebut adalah untuk “pegawai kanan penjara” kononnya diperoleh daripada “seorang kawan yang mempunyai sepupu bertugas sebagai seorang pegawai kanan penjara di Kajang.”

Jabatan Penjara telah mengeluarkan kenyataan menyangkal dakwaan tersebut di Facebook pada Rabu (7 Sept).

Jabatan itu turut memberi amaran supaya menghentikan penyebaran maklumat sebegitu.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.

-BTS Media

Leave a Comment