BTS Media

Najib dibawa ke Penjara Kajang, bukan Penjara Sungai Buloh

BEKAS Perdana Menteri Najib Razak dibawa ke Penjara Kajang dan bukannya Penjara Sungai Buloh seperti yang dijangka sebelum ini.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa (23 Ogos) mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Sumber memberitahu Berita Harian bahawa Najib dibawa terus ke Penjara Kajang dari Istana Kehakiman di Putrajaya.

Sumber itu berkata, masih tidak disahkan sama ada dia akan dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh dalam masa terdekat.

Konvoi polis yang mengangkut Ahli Parlimen Pekan itu tiba di Penjara Kajang pada pukul 6.10 petang selepas meninggalkan Istana Kehakiman di Putrajaya pada pukul 5.30 petang.

Dia dikawal ketat oleh polis semasa dibawa dengan di bawah seliaan Jabatan Penguatkuasaan Siasatan Trafik (JSPT) bagi kawalan lalu lintas, serta Jabatan Siasatan Jenayah UTK, D9 dan Bukit Aman.

-BTS Media

Leave a Comment