BTS Media

Syed Saddiq dihukum penjara 7 tahun, rotan, denda RM10 juta kerana jenayah kewangan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan atas pertuduhan bersubahat pecah amanah jenayah penyelewengan harta benda dan dua pengubahan wang haram.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid turut mengenakan denda RM10 juta, jika ingkar penjara empat tahun terhadap presiden parti MUDA itu selepas beliau memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan hari ini.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan kerana bersubahat membabitkan RM1 juta dana Pemuda Bersatu (Armada).

Tertuduh juga berdepan hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan kerana menyalahgunakan harta untuk dirinya sendiri iaitu RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Bhd milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, lapor NST.

Syed Saddiq juga dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM5 juta jika ingkar dua tahun bagi setiap pertuduhan pengubahan wang haram. Mahkamah memerintahkan hukuman itu dijalankan serentak.

Mahkamah membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk penangguhan pelaksanaan sementara menunggu rayuan.

-BTS Media

Leave a Comment