BTS Media

Kira-kira 40 buruh paksa rempuh keluar kasino, terjun sungai pulang ke Vietnam

 

Oleh Zainal AS Rashid

SEKURANG -kurangnya 40 warga Vietnam ditangkap oleh pengawal sempadan pada pagi Khamis (18 Ogos) selepas memasuki Vietnam secara haram dari Kemboja.

Menurut keterangan mereka, seramai 42 orang cuba melarikan diri dari sebuah kasino di Komune Sampeou Poun, di Kemboja dan berenang menyeberangi Sungai Bình Di untuk kembali ke Việt Nam, lapor Viet Nam News.

Mereka sebelum ini memasuki Kemboja untuk bekerja di sebuah kasino, di mana mereka ditugaskan mengendalikan perjudian dalam talian, tetapi dipaksa bekerja lebih masa tanpa bayaran.

Menurut Mejar Lê Ngọc Tuấn dari Stesen Pengawal Sempadan Long Bình, kumpulan yang identiti mereka belum disahkan itu terdiri daripada 35 lelaki dan lima wanita.

Ada yang mengalami kecederaan ringan, seorang dilaporkan hilang, sementara seorang remaja berusia 16 tahun tidak sempat melarikan diri dan ditangkap oleh pengawal kasino.

Sejak kebelakangan ini, ramai warga Vietnam diperdaya bekerja di Kemboja, but sebaliknya dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia untuk dijadikan buruh paksa.

-BTS Media

Leave a Comment