GAMBAR HIASAN: Gua Tempurung/BTS Media.
KIRA-KIRA 30 orang dipercayai terperangkap di dalam Gua Tempurung, Ipoh setelah laluan keluar dari gua itu dinaiki air akibat hujan lebat.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Mohamad Nazri Daud, paras air mula naik kira-kira pukul 3.00 petang Rabu (26 Okt).
“Mereka yang terperangkap adalah kru filem yang sedang menjalani penggambaran di lokasi.
“Pihak Bomba dan Penyelamat telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Sepasukan anggota polis juga telah digerakkan ke lokasi untuk membantu usaha menyelamat,” katanya.
-BTS Media