GAMBAR ATAS: Bomba Channel.
Oleh Zainal AS Rashid
SEKUMPULAN 30 kru penggambaran filem yang terperangkap di belakang Gua Tempurung, Gopeng selamat dibawa keluar.
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata yang terperangkap terdiri daripada warga tempatan dan Singapura.
“Pihak Bomba dimaklumkan mengenai kejadian itu dan operasi menyelamat dijalankan bersama.
“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, polis dimaklumkan pada pukul 4.10 petang bahawa sekumpulan orang awam terperangkap di belakang Gua Tempurung kerana paras air naik berikutan hujan lebat.
Sepasukan anggota dari Balai Polis Gopeng dan Kota Bharu dihantar ke lokasi untuk membantu.
“Mangsa adalah kru penggambaran filem ‘Bursting Point’ membabitkan syarikat perfileman dari Singapura,” katanya.
-BTS Media