BTS Media

API 180: sekolah di kawasan jerebu teruk ditutup mulai esok

GAMBAR: Bernama

SEMUA institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) melebihi 180 akan diarahkan tutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, berkata arahan itu dibuat susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menekankan aspek keselamatan dan kesihatan murid berikutan keadaan kualiti udara yang tidak sihat.

Beliau berkata penutupan itu membabitkan semua institusi pendidikan di bawah KPM yang berada di kawasan dengan bacaan API melebihi 180 berdasarkan pemantauan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurutnya, institusi pendidikan di kawasan yang mencatat bacaan API melebihi 150 secara berterusan selama tiga hari pula akan ditutup mulai Isnin.

Sekolah dan institusi pendidikan yang terjejas diarahkan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) sepanjang tempoh penutupan berkenaan.

Langkah itu bertujuan memastikan keselamatan serta kesihatan murid dan warga pendidikan tidak terjejas akibat pendedahan kepada pencemaran udara yang semakin buruk.

-BTSMedia.my

Leave a Comment