GAMBAR: ANTARA
Oleh Yusoff A. Shariff
SEKOLAH akan segera beralih kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdPR) di rumah sekiranya terdapat sebarang penutupan akibat jerebu.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengulangi bahawa sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di mana-mana kawasan mencecah 200, maka mereka akan menutup serta-merta semua sekolah di kawasan itu.
Bacaan IPU 0–50 dianggap baik, 51–100 adalah sederhana, 101–200 adalah tidak sihat, 201-300 adalah sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.
“Setakat ini bagi kawasan yang mencapai IPU lebih 100, kami segera menghentikan semua aktiviti luar dan untuk kawasan lain, kami akan memantau keadaan secara berterusan.
“Jika IPU dalam sesuatu kawasan mencecah lebih 200, maka kami akan menutup sekolah dan mengaktifkan PdPR, lapor NST.
“Kami mempunyai pengalaman terdahulu dengan PdPR… sepatutnya tidak ada isu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa Kepimpinan Pendidikan dan Pengurusan di Institut Aminuddin Baki, di Genting Highlands.
Fadhlina turut meminta pihak sekolah mematuhi semua garis panduan keselamatan berkaitan cuaca dan jerebu.
Semalam, Jabatan Ketua Pengarah Alam Sekitar (DoE) Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar dalam satu kenyataan berkata sekolah, tadika dan taska akan ditutup sekiranya keadaan jerebu mencapai tahap IPU “Sangat Tidak Sihat”.
Tambahnya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah, negeri atau pusat apabila bacaan IPU melebihi 150 untuk tempoh lebih 24 jam.
-BTS Media