BTS Media

Wanita maut tudung tersangkut pada “roller wheel” pintu air

SEORANG wanita berusia 56 tahun maut selepas tudung yang dipakainya tersangkut pada “roller wheel” pintu air di Sabak Bernam, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.35 petang.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata sepasukan anggota yang tiba di lokasi mendapati mangsa, yang merupakan pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), terbaring di atas pintu air.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati tudung mangsa telah tersangkut pada “roller wheel” pintu air.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.

Ashrul berkata kes berkenaan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

-BTSMedia.my

Leave a Comment