Oleh Fetty Rara
PERKHIDMATAN feri penumpang laluan Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi akan digantung pada 1 dan 2 Mac kerana keadaan air surut.
Pengurus sumber manusia dan operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata dalam tempoh itu, paras air laut di perairan sekitar terminal Kuala Perlis, boleh surut hingga lurang 1.6m, justeru tidak selamat untuk feri berlabuh atau berlepas.
Melalui satu kenyataan pada Isnin (13 Feb), syarikat itu menasihatkan penumpang menggunakan laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi sepanjang tempoh itu.
Perkhidmatan feri dari Langkawi ke Kuala Kedah adalah pada pukul 7.30 pagi, 10 pagi, 1 petang, 4 petang dan 7 malam.
“Dari Kuala Kedah ke Langkawi, perkhidmatan feri beroperasi pada pukul 7 pagi, 10.30 pagi, 1 petang, 4 petang dan 7 malam,” katanya
Katanya, tiket boleh dibeli secara dalam talian menerusi aplikasi Cuti-Cuti Langkawi.
-BTS Media