GAMBAR ATAS: Pemandangan pinggiran pantai Kuala Perlis/ BTS Media.my
Oleh Yusoff A. Shariff
PEMANDANGAN di persekitaran sepanjang pantai Kuala Perlis kini jauh lebih bersih, berbanding sebelum isu kekotoran dilaporkan sebelum ini.
ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, ini kerana masyarakat sekitar kawasan itu yang rata-ratanya nelayan semakin peka dengan keperluan menjaga alam sekitar dan tanggungjawab menjaga kebersihan.
Beliau berkata, ia adalah hasil usaha semua pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta individu melalui kempen kesedaran dan gotong-royong masyarakat setempat, lapor Bernama.
Abu Bakar berkata, sambutan amat menggalakkan dan beliau akan meneruskan usaha untuk mengindahkan Kuala Perlis, yang merupakan antara tarikan pelancongan di negeri itu.
Pada Disember 2019, Bernama melaporkan Kuala Perlis, Sungai Santan dan Sungai Repoh antara lokasi paling tercemar di negeri itu akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak membuang sampah dan bahan lain.
-BTS Media