BTS Media

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuala Lumpur

BEBERAPA jalan di ibu negara ditenggelami air selepas hujan lebat yang berlarutan kira-kira sejam pada Selasa (4 Okt).

Gambar yang dikongsi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan antara kawasan terjejas ialah Jalan Kuchai Lama, Lebuhraya Bukit Jalil, Jalan Bangsar dan Jalan Tuanku Abdul Halim.

Bagaimanapun, air dikatakan telah surut di beberapa kawasan.

Alam Flora Sdn Bhd berkata pekerjanya telah dihantar ke Bulatan Dato Onn dan kawasan sekitar untuk membersihkan longkang.

Beberapa pekerja juga dihantar ke Jalan Raja Laut dan Jalan Tangsi untuk menjalankan kerja-kerja segera bagi mengalihkan sebarang sekatan.

Kawasan Telawi Bangsar dinaiki air sejurus selepas 10 minit hujan lebat.

Di sepanjang Jalan Bukit Pantai, terdapat curahan air yang kuat dari longkang.

-BTS MEDIA

Leave a Comment