BTS Media

Beberapa kawasan di Kulai, Johor Baru dilanda banjir

GAMBAR ATAS: Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Johor.

 

Oleh Fetty Rara

BEBERAPA kawasan di Kulai dan Johor Baru ditenggelami air selama beberapa jam berikutan hujan lebat sejak kira-kira pukul 1.00 tengah hari tadi.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor melalui satu kenyataan pada Sabtu (20 Ogos) berkata, kawasan terjejas termasuk Kampung Maju Jaya, Tebrau di Johor Baru serta Taman Aman dan Kampung Jaya Sepakat di Kulai.

“Punca banjir di Tebrau adalah berikutan hujan lebat berterusan selama kira-kira dua jam dan longkang tersumbat.

“Manakala di Kulai, hujan lebat selama dua jam, ditambah dengan paras air sungai yang meningkat menyebabkan banjir kilat,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan masih terkawal dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat laporan dibuat.

APM juga menyatakan bahawa paras air di Kulai telah mula surut.

Sementara itu, pihak bomba dan penyelamat melaporkan paras air di Kampung Laut di Skudai turut naik berikutan hujan lebat.

“Paras air naik kira-kira dua meter dan operasi pemindahan masih diteruskan dengan bantuan ketua kampung.

Pihak bomba juga sedang memantau paras air di Taman Aman dan Kampung Jaya Sepakat dan setakat ini keadaan masih terkawal.

-BTS Media

Leave a Comment