GAMBAR ATAS: Keadaan di Persiaran Mokthar Dahari, Shah Alam/ Twitter.
BANJIR kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang berikutan hujan lebat lewat petang ini (Jumaat 11 Nov).
Video dan gambar kejadian telah ditularkan dalam media sosial.
Pada pukul 5.30 petang, Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan 38mm hujan di Kampung Simpang Tiga di Gombak.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hujan dijangka berterusan hingga malam di beberapa bahagian Lembah Klang.
Kementerian Alam Sekitar dan Air juga mengeluarkan amaran kesiapsiagaan banjir di beberapa lokasi di Lembah Klang.
Di Selangor, kawasan terbabit di daerah Petaling termasuk Kampung Tengah A, Kuala Sungai Baru, Kg Bersatu Baru, Kg Subang Melayu, TTDI Jaya, Kg Aman Bestari, Kg Sri Aman Berkat, Kg Bukit Lanchong, KTM Batu 3, Seksyen 13 Shah Alam , Kg Kenangan Puchong, Taman Mesra, Lebuh raya Sungai Besi (Besraya), Seri Kembangan dan Kompleks Jabatan Pertanian Serdang.
Manakala kawasan berisiko di Klang termasuk Kg Delek, Jalan Kebun Nanas, Taman Melawis, Teluk Pulai, Taman Petaling, Taman Sentosa, Taman Saujana, Taman Rashna, Kg Bukit Naga, Batu 8 Jalan Bukit Kemuning dan Pandamaran.
Di Kuala Lumpur, beberapa lokasi dan jalan raya berisiko antaranya Bulatan Dato Onn-Bank Rakyat, Jalan Chan Sow Lin, Pekan Salak Selatan, Razak Mansion, Jalan Loke Yew, Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak , Masjid Jamek, Universiti Malaya, Kg Pantai Dalam, Jalan Dang Wangi, Jalan Maarof, Jalan Kia Peng dan Jalan Leboh Pasar.
-BTS Media