SEORANG lelaki berusia 22 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan kerana mencederakan isterinya yang sedang hamil dalam di Jasin, Melaka baru-baru ini.
Perintah reman bermula hari ini sehingga hari Isnin itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
Menurut sumber, suspek yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan polis selepas memukul isterinya di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor pada hariAhad lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata, tangkapan dibuat kira-kira pukul 11 pagi oleh sepasukan pegawai dari unit D8 dan D11, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
 – BTSMedia.my



