BTS Media

Polis tahan lelaki kerana memandu secara melulu

Oleh Zainal AS Rashid

 

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) secara melulu antara Kilometer (KM) 25.1 dan KM 27.5 Lebuhraya Karak menghala ke Genting Sempah, Pahang pada Ahad (1 Mei).

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata lelaki berumur 43, itu ditahan di perkarangan Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada pukul 2 petang.

Ujian air kencing pelaku didapati negatif. Dia kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk mengambil sampel darah bagi ujian alkohol,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Ahad.

Beliau berkata pemandu itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pada Isnin (2 Mei) untuk perintah reman bagi memudahkan siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Sebuah video yang menunjukkan sebuah MPV bergerak menyelinap antara trafik secara berbahaya kerana kesesakan laluan menjadi tular di media sosial hari ini.

-BTS Media

Leave a Comment