GAMBAR ATAS: Kristian Stöckel, CC BY-SA 4.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0>, via Wikimedia Commons
Oleh Yusoff A. Shariff
Seorang anggota polis yang dirakam memandu sambil menggunakan telefon telah disaman.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata polis mengesan video tular itu pada 8.28 malam Ahad (15 Mei).
Video yang menjadi tular melalui media sosial tular itu menunjukkan anggota polis berkenaan memandu kereta ke arah Petaling jaya sambil menggunakan telefon bimbitnya.
Dalam satu kenyataan pada Isnin (16 Mei) beliau berkata anggota polis itu juga telah dipanggil untuk membantu siasatan berhubung perkara tersebut.
Mohamad Fakhrudin berkata polis tidak akan bertolak ansur dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota atau pegawainya yang melakukan sebarang kesalahan.
-BTS Media