BTS Media

Polis JB tahan lelaki serang pegawai penguat kuasa majlis

 

Oleh Yusoff A. Shariff

POLIS menahan seorang lelaki berusia 48 tahun kerana mengasari pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB) di Johor Baru.

Ketua Polis Daerah Johor Baru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa berusia 42 tahun telah membuat laporan polis pada kira-kira pukul 1.50 pagi Ahad (4 Sept).

Beliau berkata mangsa mendakwa didera secara fizikal ketika menjalankan operasi di sebuah premis di Taman Pelangi.

“Dalam operasi itu, suspek yang bekerja sebagai pengurus di premis berkenaan tidak berpuas hati dengan tindakan MBJB merampas beberapa barangan dari kedai itu sebelum bergaduh dengan penguat kuasa,” katanya pada Selasa (6 Sep).

ACP Raub menambah, polis kemudian menahan suspek di premis itu pada Isnin (5 Sept) kira-kira pukul 1.15 tengah hari. Pemeriksaan mendapati bahawa premis tersebut tidak mempunyai lesen untuk beroperasi.

Beliau juga berkata mangsa mengalami kecederaan di muka akibat ditumbuk dan lebam di lutut kiri berikutan serangan itu.

ACP Raub menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 322 Kanun Keseksaan dan menggesa mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi talian hotline polis Johor Baru Selatan di talian 07-218 2323.

-BTS Media

Leave a Comment