SEORANG lelaki ditahan berhubung tindakan memuat naik ugutan dalam talian terhadap Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan selepas siasatan dijalankan terhadap seorang pengguna Facebook bernama Apiez Bond.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu (20 Ogos) beliau berkata, lelaki itu ditahan di sebuah rumah di Puchong pada 19 Ogos kira-kira jam 11.15 malam.
Satu telefon bimbit bersama kad sim dirampas dan polis percaya ia digunakan untuk menghantar ugutan. Suspek direman sehingga 23 Ogos.
Polis memandang serius perkara itu dan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan jenayah atau isu yang boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya Anandan.
Pada Jumaat (19 Ogos), Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan sedang dijalankan berhubung ugutan terhadap Ketua Hakim Negara.
-BTS Media