GAMBAR ATAS: Malaysiakini/Lim Huey Teng.
BEBERAPA orang pengguna media sosial menggesa supaya disiasat seorang pemegang akaun Twitter menghantar tweet yang didakwa mengancam Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimum Tuan Mat dan suaminya Datuk Zamani Ibrahim.
Tweet menyinggung perasaan itu dibuat oleh pemegang handle Twitter @bossku_team, adalah respons kepada pengguna lain meminta Tengku Maimun menarik diri daripada pendengaran rayuan terakhir bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan.
Pengguna Twitter @Ayahanda_MD mempersoalkan keputusan ketua hakim negara, menuduhnya berat sebelah kerana dakwaan penglibatan politik suaminya
Bagaimanapun, tweet tersebut mendapat reaksi pengguna Twitter lain, yang menggesa polis menyiasat kerana kandungan berkenaan, manakala pengguna lain telah ‘tag’ akaun Twitter Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengguna Twitter @Hopeily berkata: “@PDRMsia, ini adalah ancaman kepada ketua hakim negara,” manakala @f4izalhassan tweet: “Hello @PDRMsia. Bukankah ini satu bentuk ancaman terhadap ketua hakim negara? Sila ambil tindakan sewajarnya.”
Seorang lagi pengguna @theshazana (lihat tweet di sini) berkata polis harus menahan pengguna Twitter tersebut untuk disoal siasat.
Turut memberikan reaksi kepada tweet itu, termasuk ahli jawatankuasa eksekutif pusat MUDA dan peguam Lim Wei Jiet, yang berkata tweet itu keterlaluan dan satu bentuk ugutan jenayah.
-BTS Media