BTS Media

Polis tahan lelaki buli remaja OKU di Taman Tasik Taiping

 

Oleh Fetty Rara

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kanak-kanak lelaki OKU yang dipukul dan dibuli di kawasan Taman Tasik Taiping di sini pada Sabtu (7 Mei).

Ketua Polis Daerah Taiping, Osman Mamat berkata, suspek seorang penganggur berusia 22 tahun ditahan di pekarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) pada 10.45 malam.

Dalam satu kenyataan, polis berkata suspek direman tiga hari mulai hari ini hingga Selasa.

Terdahulu polis mengesan sebuah klip video sepanjang 62 saat yang ditularkan melalui Facebook tentang kejadian itu.

Susulan itu, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Menurut Osman dalam kejadian pada pukul 2.00 pagi itu, lelaki tersebut dikatakan mahu meminjam basikal mangsa berusia 13 tahun yang berbasikal seorang diri.

–BTS Media

Leave a Comment