BTS Media

Lelaki didakwa hina Islam direman empat hari

LELAKI yang ditahan polis susulan didakwa menghina Islam dalam satu rakaman video di media sosial, direman empat hari bermula hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof, lelaki berusia 39 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan itu direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kuala Lumpur,” katanya, menurut Harian Metro.

Media semalam melaporkan, lelaki terbabit ditahan selepas dikatakan menghina Islam dalam satu rakaman video.

Dia kemudiannya ditahan di Bukit Kuchai, Puchong pada jam 12.30 tengah hari susulan laporan polis dibuat di Cyberjaya.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 36 saat di media sosial menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat terhadap umat dan agama Islam serta Nabi Muhammad SAW.

Turut tular beberapa rakaman video menunjukkan seorang lelaki cedera pada muka dan beberapa bahagian badan dipercayai dipukul beberapa individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/18/lelaki-didakwa-hina-islam-direman-4-hari/

Leave a Comment