BEKAS perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengalami patah pinggul kanan selepas terjatuh di rumahnya dan kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Setiausaha akhbarnya, Sufi Yusoff, memaklumkan bahawa penilaian perubatan mengesahkan kecederaan tersebut, dan negarawan berusia 100 tahun itu dijangka berada di hospital selama beberapa minggu bagi tujuan rawatan serta pemantauan.
Menurut beliau, Tun Dr Mahathir berada dalam keadaan stabil dan sedar. Doktor menjalankan pemantauan rapi sebagai langkah berjaga-jaga.
Sufi turut menjelaskan bahawa kejadian jatuh itu berlaku sekitar pukul 7.30 pagi di rumahnya, sebelum dibawa ke IJN dan tiba dalam keadaan sedar serta dimasukkan ke hospital kira-kira pukul 9.30 pagi.
Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
-BTSMedia.my



