BTS Media

Tun Mahathir dalam keadaan baik, pulih daripada jangkitan

Oleh Zainal AS Rashid

MANTAN perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang beransur pulih selepas mengalami jangkitan baru-baru ini.

Akhbar NST memetik seorang pembantu beliau berkata tokoh negara berusia 98 tahun itu masih dalam perhatian doktor sejak dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) lebih tiga minggu lalu.

Laporan palsu bersama gambar sebelum ini yang mendakwa kononnya negarawan itu dalam keadaan kritikal telah dinafikan oleh seorang ahli keluarga beliau.

Satu sumber berkata Dr Mahathir, yang mempunyai sejarah penyakit jantung, telah dimasukkan ke IJN untuk rawatan jangkitan sejak 26 Jan lalu.

Isu kesihatannya dimaklumkan semasa prosiding kes saman fitnahnya terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi minggu lepas.

Peguam Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi dalam permohonan penangguhan prosiding memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya telah dimasukkan ke IJN.

-BTS Media

Leave a Comment