BTS Media

Rafizi dalam keadaan stabil selepas mengalami masalah jantung

Oleh Yusoff A. Shariff

MENTERI Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mengalami masalah jantung baru-baru ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

“Alhamdulillah, dua hari lepas saya dimaklumkan beliau semakin sihat dan insya-Allah tidak lama lagi beliau dapat melaksanakan tugasnya.

“Kita doakan yang terbaik untuk beliau,” jawabnya ringkas pada sidang media selepas menghadiri Konvokesyen Institut Latihan (ILKKM) Kementerian Kesihatan Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah di Ipoh hari ini, lapor NST.

Difahamkan, ahli parlimen Pandan itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami serangan jantung.

Beliau dilaporkan berada di bawah pemerhatian doktor selepas menjalani prosedur pembedahan stent jantung.

-BTS Media

Leave a Comment