BTS Media

Tiada perbincangan turunkan harga RON95 – Rafizi

PUTRAJAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengesahkan tiada sebarang perbincangan di peringkat kerajaan untuk menurunkan harga runcit bahan api RON95 dan diesel.

Menurutnya, desas desus penurunan harga RON95 itu baru pertama kali didengarnya.

“Sampai sekarang, saya tidak pernah dengar malah, tidak pernah ada perbincangan mengenainya,” katanya menerusi sidang akhbar selepas melancarkan Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2022 di sini pada Jumaat.

Hakikatnya beliau berkata, harga minyak mentah dunia telah meningkat kepada AS$70 setong dan pernah mencecah sekitar AS$83 setong.

“Keputusan menurunkan harga bahan api ini sebenarnya di bawah Kementerian Kewangan kerana ia membabitkan peruntukan subsidi bahan api,” jelas Rafizi.

Sebelum ini, MIDF Research menjangkakan kerajaan akan mempertimbangkan untuk menurunkan harga runcit RON95 sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter bulan depan.

Baca lagi: https://www.sinarharian.com.my/article/270587/berita/nasional/tiada-perbincangan-turunkan-harga-ron95—rafizi

Leave a Comment