Oleh Yusoff A. Shariff
BEKAS perdana menteri Ismail Sabri Yaakob menyelar menteri yang mudah dianggap melepaskan tangan apabila menuding kepada peniaga yang dikatakan masih menjual makanan pada harga tinggi.
Beliau berkat, kenyataan yang mengesyorkan supaya ‘memboikot’ peniaga tidak mungkin dapat membantu hakikatnya kenaikan harga bahan mentah masih menekan.
“Malah hari ini, lihat laporan media kalau harga makanan meningkat, boikot kedai makanan. Kenyataan seperti ini tidak membantu rakyat.
“Kalau bahan mentah meningkat, (seperti) sayur harga mahal pasti peniaga-peniaga di restoran naik harga. Kalau boikot peniaga pasti menyusahkan mereka, tak (juga) bantu mereka,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada Ahad.
Mengulas lanjut, Ismail berkata yang perlu tindakan kerajaan memastikan supaya harga bahan mentah turun.
“kerajaan patut fikir soal ini, dan bukan kenyataan begitu mudah melepaskan tangan dan hukum pula peniaga restoran. Banyak perkara diadu rakyat perlu diambil tindakan segera kerajaan.”
Sebelum ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menggesa pengusaha kedai dan restoran menyemak semula harga jualan supaya memandangkan harga bahan mentah telah turun.
-BTS Media