BTS Media

Ismail Sabri tidak serius penuhi syarat penting perjanjian PN

MESYUARAT Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) kecewa dengan tindakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak bersungguh dalam memenuhi syarat-syarat penting dalam perjanjian antara beliau dengan PN.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini (Khamis 28 Julai) berkata PN akan menghantar perwakilan bagi membincangkan perkara itu dengan Ismail Sabri dalam masa terdekat.

Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang diadakan malam tadi dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir, Presiden PAS Abdul Hadi Awang,  Presiden STAR Dr. Jeffrey G. Kitingan , Presiden SAPP Yong Teck Lee dan Presiden GERAKAN Senator Dr. Dominic Lau, serta ahli-ahli Majlis Tertinggi PN.

Hamzah juga berkata mesyuarat antara lain membuat ketetapan berhubung Majlis Pelancaran PN Negeri Terengganu pada 30 Julai 2022, penganjuran Konvensyen PN pada 27 Ogos 2022 sempena ulang tahun ke-2 Perikatan Nasional dan beberapa perkara penting bagi memperkemaskan kesiapsiagaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

-BTS Media

Leave a Comment