BTS Media

Trump bertindak ganas, biadab terhadap Venezuela, langgar batas kesopanan antarabangsa

PENTADBIRAN Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pemimpin Venezuela yang ditangkap, Nicolas Maduro, serta isterinya kini berdepan “tindakan penuh sistem keadilan Amerika Syarikat” atas pertuduhan berkaitan dadah dan keganasan.

Perkembangan ini dilihat sebagai satu tindakan yang digambarkan bagi  menakut-nakutkan Venezuela dan mencabul segala aturan kesopanan antarabangsa.

Peguam Negara Amerika Syarikat, Pamela Bondi, menerusi hantaran di platform X pada hari Sabtu memaklumkan bahawa Maduro dan isterinya, yang dilarikan oleh tentera AS dari Venezuela akan dihadapkan ke mahkamah di Amerika Syarikat.

Beliau berkata pasangan itu akan dibicarakan di mahkamah Amerika, sambil menegaskan bahawa tindakan undang-undang berkenaan akan dilaksanakan sepenuhnya di bumi Amerika Syarikat.

Maduro berdepan beberapa pertuduhan di mahkamah persekutuan New York, termasuk konspirasi narco-keganasan dan mengimport kokain.

Langkah Washington itu dilihat sebagai satu lagi episod tekanan melampau oleh pentadbiran Trump terhadap Venezuela.

Ia bukan sahaja mencetuskan ketegangan geopolitik, malah disifatkan sebagai tindakan kasar yang mengabaikan norma diplomasi dan peradaban antarabangsa, seolah-olah undang-undang global hanyalah hiasan yang boleh diketepikan sesuka hati.

  – BTSMediaMY

Leave a Comment