BTS Media

Malaysia akan alami beberapa lonjakan monsun timur laut dalam bulan-bulan akan datang

METMALAYSIA berkata Malaysia dijangka  mengalami beberapa lonjakan monsun timur laut pada bulan-bulan akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, habatan itu berkata, ia akan mengakibatkan cuaca lebih basah dan angin kencang di kawasan pantai timur serta zon mudah banjir.

Pihak berkuasa penyelamat telah diarahkan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan, termasuk penyediaan aset, peralatan dan rangkaian komunikasi bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

Orang ramai pula disaran mengikuti perkembangan cuaca melalui media dan mengambil langkah berjaga-jaga, terutama penduduk di kawasan berisiko banjir serta nelayan yang bakal terkesan oleh keadaan laut bergelora.

-BTSMedia.my

Leave a Comment