BTS Media

Jutaan penduduk terjejas bantuan makanan akibat penutupan kerajaan Amerika Syarikat

JUTAAN rakyat AS berdepan risiko kehilangan bantuan makanan kerana penutupan kerajaan AS telah menghentikan Program Bantuan Pemakanan Tambahan (SNAP).

Penutupan kerajaan bermula pada 1 Oktober susulan kebuntuan bajet di Kongres.

Amaran pentadbiran Trump bahawa pembiayaan SNAP akan dihentikan, kini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penerima, lapor AFP.

Seorang hakim persekutuan kemudian mengarahkan dana kecemasan diguna untuk meneruskan program itu, namun kelewatan di peringkat negeri menyebabkan ramai masih tidak menerima bantuan.

Di Houston, ribuan orang termasuk warga emas, OKU, dan ibu bapa kelihatan beratur di hadapan bank makanan mengharapkan bantuan sementara.

Menurut Pegawai tempatan, kira-kira 425,000 isi rumah di kawasan itu bergantung kepada SNAP. Penerima berkata mereka terkejut kerana bantuan itu penting untuk keperluan asas, bukan kemewahan.

Dalam keadaan ini, beberapa pertubuhan komuniti sedang berusaha untuk mengagihkan makanan, sementara menunggu penyambungan semula pembayaran.

Walaupun perintah mahkamah telah dikeluarkan, ketidakpastian masih menghantui tentang bila dan berapa cepat bantuan disalurkan semula.

  – BTSMedia.my

Leave a Comment