BTS Media

Tentera Laut Amerika Syarikat larang anggotanya guna aplikasi AI DeepSeek China

ANGGOTA Tentera Laut Amerika Syarikat diarahkan supaya jangan memasang dan menggunakan aplikasi AI buatan China, DeepSeek, lapor Sputnik.

Menurut CNBC, e-mel telah dikeluarkan pada 24 Januari selepas DeepSeek mengeluarkan versi aplikasi pada hari Selasa.

Alasan yang diberikan ialah kononnya “isu keselamatan berkaitan negara yang menghasilkan platform tersebut (China).

Populariti DeepSeek melonjak selepas kemas kini versi terbaharu pada awal bulan Januari.

DeepSeek kini aplikasi teratas di AS, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Korea Selatan dan China.

Sebelum ini sebahagian besar pengguna aplikasi AI lebih menggunakan ChatGPT Open AI.

-BTS Media

Leave a Comment