JABATAN Negara Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ke atas enam syarikat Malaysia yang mempunyai kaitan dengan Rusia dan perang di Ukraine.
Enam syarikat yang tersenarai ialah Zeolite Mansford Sdn Bhd, Centrina United Sdn Bhd, Gyntec Carbon Sdn Bhd, Moralability Industry Sdn Bhd dan Melix Global Sdn Bhd.
Dalam kenyataan akhbar pada hari Rabu (30 Okt), Jabatan Negara AS berkata syarikat-syarikat berkenaan adalah antara 120 individu dan entiti yang telah dikenal pasti di beberapa negara.
“Ia bertujuan untuk menyasarkan entiti di beberapa negara ketiga, termasuk China, India, Malaysia, Thailand, Türkiye dan Emiriah Arab Bersatu, selain pengeluar, pengeksport dan pengimport barangan yang penting kepada tentera Rusia.
“Produk-produk terbabit termasuk mikroelektronik dan barang kawalan numerik komputer seperti yang dikenal pasti oleh Biro Industri dan Keselamatan Jabatan Perdagangan AS bersama Kesatuan Eropah, United Kingdom dan Jepun.
-BTS Media