BTS Media

FBI bimbang bahaya risikan operasi Tik Tok di Amerika Syarikat

GAMBAR ATAS: Solen Feyissa, CC BY-SA 2.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/2.0>, via Wikimedia Commons.

 

PENGARAH Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Christopher Wray berkata biro itu amat bimbang dengan ancaman keselamatan negara yang serius berhubung penggunaan meluas aplikasi video milik China TikTok.

Wray memberitahu pihak berkuasa AS bahawa undang-undang kerajaan China membolehkan  penggunaan aplikasi itu untuk mengawal dan menguasai data pengguna, dan menggunakan algoritma Tik Tok bagi menentukan video mana akan dipapar untuk tontonan seterusnya setiap masa.

Algoritma itu juga boleh digunakan untuk mempengaruhi operasi pada bila-bila masa.

“Di bawah undang-undang komunis China, semua syarikat China pada asasnya diwajibkan akur kepada apa jua arahan kerajaan negara, termasuk perkongsian maklumat atau digunakan sebagai alat kerajaan, “ kata Wray kepada Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Dewan AS.

Beliau berkata faktor itu merupakan punca kebimbangan serius.

Di bawah undang-undang komunis China, semua syarikat China diwajibkan akur kepada apa jua arahan kerajaan negara, termasuk perkongsian maklumat atau digunakan sebagai alat kerajaan

FBI telah menyampaikan kebimbangannya kepada badan kerajaan yang menyemak perjanjian, iaitu Jawatankuasa Pelaburan Asing Amerika Syarikat.

Isu peranan gelap aplikasi penstriman video Tik Tok, yang mempunyai berjuta-juta pengguna di AS, muncul di tengah-tengah perdebatan berhubung keselamatan negara yang berlarutan sejak sekian lama. Pada masa sama, ia juga menjadi platform utama untuk menyentuh menguasai golongan muda, yang semakin menjauhi rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter.

Pentadbiran Presiden AS, Joe Biden sedang menimbang cadangan untuk membenarkan TikTok terus beroperasi di AS di bawah pemilikan syarikat induk China, ByteDance Ltd.

Antara cara untuk menangani sebarang pembocoran data ialah dengan menyalurkan trafik pengguna di AS melalui server yang diselenggarakan oleh Oracle Corp.

Bagaimanapun usaha itu terhenti kerana kebimbangan aplikasi tersebut akan kekal sebagai ancaman, dan disekat oleh puak pro-China di Kongres yang dijangka membantah sebarang sekatan terhadap TikTok, mahu pun penjualan aplikasi tersebut kepada mana-mana syarikat milik AS..

Dalam pada itu, Kongres sedang menimbang undang-undang yang secara rasmi akan mengharamkan TikTok daripada semua telefon kerajaan.

-BTS Media

Leave a Comment