BTS Media

Jho Low tidak bersembunyi pun, malah memiliki syarikat pelaburan bernilai USD333 juta di China – Bradley Hope

Oleh Yusoff A. Shariff

LOW Taek Jho (Jho Low) dilaporkan memiliki USD333 juta melalui syarikat luar pantai di British Virgin Islands yang berpangkalan di Shanghai, China.

Menurut pengarang buku skandal 1MDB Bradley Hope, syarikat Guiyue Business Consulting yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Grace Zenith didaftarkan di British Virgin islands (BVI) dengan modal sumbangan sebanyak AS$333 juta (RM1.5bil).

Dengan pendedahan itu, Hope melalui beberapa tweet berkata, setelah disemak dokumen awam, didapati bahawa sebenarnya Jho Low tidak bersembunyi pun! Malahan syarikat Grace Zenith yang dikawal beliau sepenuhnya secara terang-terangan mempunyai pejabat di alamat Bilik 2801-01, Tingkat 28, Shanghai World Financial Center, China.

“Memandangkan Jho Low aktif beroperasi di Shanghai World Financial Centre dengan keupayaan mengawal beratus juta ringgit duit rakyat Malaysia, apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh pemimpin anda untuk membawanya pulang?”

Menurut malaymail.com, satu sumber kerajaan China berkata, “Memandangkan Jho Low aktif beroperasi di Shanghai World Financial Centre dengan keupayaan mengawal beratus juta ringgit duit rakyat Malaysia, apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh pemimpin anda untuk membawanya pulang?”

Oleh itu, Jho Low, orang yang paling dikehendaki di dunia itu masih aktif mengawal berbilion dolar melalui syarikat-syarikat luar pesisir pantai BVI, bank, dan firma korporat.

Low menghilangkan diri sejak kerajaan Pakatan Harapan memenangi PRU14. Dia dituduh mencuri beberapa bilion dolar daripada dana 1MDB bersama bekas perdana menteri Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Low diburu oleh Interpol dan setakat ini masih didakwa tidak diketahui di mana dia berada.

Tom Wright dan Bradley Hope adalah pengarang “Billion Dollar Whale”, buku yang mendedahkan skandal 1MDB yang disifatkan sebagai antara skandal kewangan dunia terbesar setakat ini.

Buku “The Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood and the World”, yang ditulis bersama Tom Wright, mengisahkan skandal rasuah 1MDB.

-BTS Media

Leave a Comment