BTS Media

Jabatan Peguam Negara sahkan tolak semua tawaran penyelesaian oleh Jho Low

JABATAN Peguam Negara (AGC) mengesahkan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, ada membuat tawaran penyelesaian dengan kerajaan Malaysia.

Namun, AGC berkata semua tawaran tersebut telah ditolaknya.

“AGC mengesahkan bahawa dalam tahun ini, Jho Low melalui wakilnya telah membuat percubaan untuk mendapatkan satu penyelesaian dengan kerajaan Malaysia.

“Dalam percubaan ini, wakil Jho Low telah bertemu dengan beberapa agensi kerajaan Malaysia termasuk AGC.

“Kesemua tawaran penyelesaian daripada wakil Jho Low telah ditolak oleh AGC,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan ringkas pada Sabtu, lapor Malaysiakini.

-BTS Media

Leave a Comment