SUHU yang jatuh mendadak di Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di semenanjung semalam, hingga keadaan menjadi begitu sejuk, telah menjejaskan aktiviti harian penduduk di beberapa kawasan.
Fenomena sejuk melampau ini menyebabkan orang ramai mengambil langkah perlindungan yang drastik.
Bagi yang tidak tahan suhu rendah, terpaksa memakai pakaian tebal semata-mata untuk menahan kesejukan yang dianggap “melampau.”
Amaran cuaca sejuk dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini.
 – BTSMedia.my



