Oleh Yusoff A. Shariff
SEKURANG-kurangnya tiga orang maut dan tiga lagi cedera parah dalam kemalangan awal pagi di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Jelutong, Pulau Pinang.
Kemalangan yang melibatkan kereta dan motosikal itu dan berlaku berhampiran E-Gate di Lebuhraya tersebut pada sekitar pukul 4.40 pagi Ahad (17 Julai).
Sebuah video sepanjang 17 saat yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal berlumba di sepanjang lebuh raya, dan kemudian memaparkan detik-detik kemalangan.
Kelihatan seorang penunggang motosikal merempuh bahagian belakang sebuah kereta, dan beberapa motosikal berlonggok setelah terhumban atas jalan.
Video juga menunjukkan orang ramai di sepanjang lebuh raya itu selepas kemalangan.
Mayat telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang.
-BTS Media