BTS Media

Banjir di Pulau Pinang, Perlis akibat hujan sejak semalam

Oleh Zainal AS Rashid

BEBERAPA kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam sejak pukul 10.00 malam tadi, dan dari pukul 3.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi Ahad.

Setakat ini belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh, keadaan terjejas termasuk Batu Maung, Bayan Lepas dan George Town.

Beliau berkata kebanyakan rumah dinaiki air antara 30 hingga 50sm.

Bagaimana pun, air di kebanyakan kawasan telah mula surut menjelang pukul 10.00 pagi.

Di negeri Perlis,  tiga kawasan di Kampung Sentua, Kampung Seriab, dan Kampung Bakau, Kangar dinaiki air berikutan hujan sejak semalam.

Penduduk di Titi Chai, Kangar dilapor telah mula memindahkan barang berharga di tempat lebih selamat.

APM menasihatkan orang ramai supaya menghubungi talian 04 977 7991 / 04 977 8991(MERS APM Perlis / Kecemasan) atau 04 976 0991 (Bilik gerakan Pengurusan Bencana APM Perlis) jika memerlukan bantuan.

-BTS Media

Leave a Comment