BTS Media

Gangguan elektrik di Kepong, kerja pembaikan sedang dijalankan – TNB

TENAGA Nasional Berhad (TNB) hari ini mengesahkan berlakunya gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Kepong, Kuala Lumpur.

Menerusi satu kenyataan di media sosial, TNB memaklumkan bahawa pasukan teknikalnya kini berada di lokasi bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik.

Syarikat utiliti tersebut turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan menghargai kesabaran pengguna sepanjang tempoh pembaikan.

TNB turut menyatakan bahawa mereka sedang menerima jumlah aduan yang tinggi ekoran gangguan tersebut dan sedang berusaha mempercepatkan kerja-kerja pembaikan.

Sementara itu, meskipun beberapa pengguna di ruangan komen laman sosial TNB CareLine turut melaporkan gangguan di kawasan luar ibu kota seperti Petaling Jaya, Ipoh, Johor Bahru, Pasir Gudang, dan Negeri Sembilan, TNB setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu gangguan bekalan elektrik di kawasan lain selain Kepong.

TNB menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik semasa gangguan bekalan kerana bekalan mungkin dipulihkan pada bila-bila masa.

  – BTSMedia.my

 

Leave a Comment