Oleh Yusoff A. Shariff
BEKALAN elektrik telah dipulihkan ke kebanyakan kawasan yang dilanda gangguan, kata Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Dalam satu kenyataan pada akaun media sosial rasminya, TNB memaklumkan bahawa Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota antara kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik pada 12:39 tengah Rabu (27 Julai).
TNB berkata selain kawasan di Lembah Klang, bekalan elektrik dipulihkan dalam tempoh 20 hingga 40 minit selepas terputus, yang melibatkan 2.2GW atau 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.
Usaha menentukan punca gangguan masih berjalan, namun TNB berkata kakitangannya sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik ke kawasan yang masih terjejas.
Ramai yang menggunakan Twitter untuk mengadu tentang ketiadaan bekalan elektrik, dengan sesetengahnya menyebut kawasan di Negeri Sembilan dan Perak mengalami masalah yang sama.
-BTS Media