BTS Media

Gangguan Elektrik: Bekalan pulih penuh, kebakaran di stesen Yong Peng puncanya

Oleh Fetty Rara

TENAGA Nasional Berhad (TNB) berkata bekalan elektrik telah dipulihkan ke semua kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan seluruh negara pada Rabu (27 Julai).

Melalui satu kenyataan di Facebook, syarikat itu berkata bekalan dipulihkan ke semua wilayah yang terjejas pada 3.02 petang.

Pemulihan bekalan dilakukan secara berperingkat 20 minit selepas gangguan berlaku.

Gangguan yang bermula pada 12.39 tengah hari itu dikesan berpunca daripada kerosakan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

Dalam satu kenyataan di Facebook sebelum ini, TNB berkata Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota antara kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik.

-BTS Media

Leave a Comment