TANGAN kanan seorang anggota polis yang putus akibat ditetak menggunakan parang oleh seorang lelaki warga asing dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Desa Amanpuri, Kepong, malam tadi, berjaya disambung semula menerusi pembedahan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi ini.
Menurut sumber, pembedahan itu selesai kira-kira jam 8.40 pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam, anggota berusia 26 tahun yang berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak itu diserang suspek di pangsapuri tersebut sehingga menyebabkan tangan kanannya putus.
Suspek kemudian ditembak mati polis ketika cuba ditahan berhampiran sebuah taman permainan di kawasan berkenaan.
-BTSMedia.my



