KETUA Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini membayangkan bahawa tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin berakhir tahun hadapan.
Dalam ucapannya pada program SPRM–UiTM Inspira 2025: Hari Integriti & Kepimpinan di UiTM Puncak Alam, beliau menyentuh mengenai kontraknya yang sebelum ini dilanjutkan sebanyak tiga kali sehingga menimbulkan kecaman pelbagai pihak.
Azam berkata bahawa “insya-Allah, tahun depan perkhidmatan saya tamat,” sambil merujuk kepada rasa tidak senang beberapa pihak, termasuk seorang tokoh politik yang tidak bersetuju dengan lanjutan kontraknya.
-BTSMedia.my



